Pages

Tampilkan postingan dengan label bapa. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label bapa. Tampilkan semua postingan
Selasa, 12 Agustus 2014

Bapa Hempas Anak Demi ‘Game’

0 komentar

Gombak – Seorang bapa tergamak menghempas anak lelakinya berusia enam tahun ke lantai selain membelasahnya hanya kerana kanak-kanak itu tertutup permainan dalam talian yang dimuat turun dalam tablet milik lelaki itu di rumah mereka di Selayang, kelmarin.

Malah, isterinya yang cuba menghalang perbuatan kejam suaminya turut menerima tempias apabila dihambur dengan kata-kata kesat selain turut dibelasah menyebabkan anak beranak itu cedera di kepala dan lebam seluruh badan.

Sumber berkata, lelaki berusia 40-an itu meninggalkan rumah kira-kira jam 5 petang dengan tablet yang terpasang.

Sebaik pulang semula ke rumah jam 6.30 petang, lelaki itu melihat anaknya sedang bermain dengan tablet berkenaan.

Dia bertambah marah apabila anak tunggalnya itu menutup permainan dalam talian yang sedang dimuat turun menyebabkan lelaki itu mengamuk.

Sumber berkata, suspek yang bagaikan dirasuk bertindak ganas dengan menampar dan mengangkat anaknya itu sebelum menghempasnya menyebabkan kanak-kanak itu meraung kesakitan.

“Isterinya yang cuba menghalang perbuatan suaminya dan meminta lelaki itu bertenang, namun gagal apabila suspek turut memukul isterinya beberapa minit.

“Tidak cukup dengan itu, dia yang gagal mengawal kemarahan turut menendang kipas angin sehingga rosak sebelum cuba memijak anaknya, namun berjaya diselamatkan isterinya,” katanya.

Menurut sumber, selepas puas membelasah anak beranak itu, suspek terus keluar dari rumah dan akibat kejadian itu mangsa cedera di kepala dan lebam seluruh badan.

Isteri mangsa berusia 38 tahun membuat laporan di Balai Polis Selayang kelmarin.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Abdul Rahim mengesahkan menerima laporan dan siasatan lanjut sedang dijalankan. - Harian Metro
Continue reading →
Senin, 30 Desember 2013

Ibu bapa kena baca ini

0 komentar

JIKA SEORANG KANAK-KANAk.....



Jika seorang kanan-kanak dikecam...
Dia akan menjadi seorang yang suka mengacau


Jika seorang kanak-kanak sentiasa diseterui...
Dia akan menjadi seorang yang suka berkelahi


Jika seorang kanak-kanak diberi malu...
Dia akan menjadi seorang yang sentiasa bersalah


Jika seorang kanak-kanak sentiasa diberi peluang...
Dia akan menjadi seorang penyabar


Jika seorang kanak-kanak sentiasa menerima galakkan...
Dia akan menjadi seorang yang mempunyai
keyakinan


Jika seorang kanak-kanak ditaburi dengan puji-pujian...
Dia akan menjadi seorang yang tahu menghargai


Jika seorang kanak-kanak sentiasa dilayan dengan
saksama...
Dia akan menjadi seorang yang bersikap adil


Jika seorang kanak-kanak yang sentiasa mendapat
perlindungan...
Dia akan menjadi seorang yang mempunyai kepercayaan diri


Jika seorang kanak-kanak sentiasa diberi
pengiktirafan...
Dia akan menjadi seorang yang menyukai dirinya dan orang 
lain


Jika seorang kanak-kanak sentiasa didampingi dan diterima...
Dia akan menjadikan dunia ini tempat yang paling
SELESA,TENANG dan BAHAGIA...
Continue reading →