Pages

Tampilkan postingan dengan label dalam. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label dalam. Tampilkan semua postingan
Rabu, 12 Februari 2014

Biar pengundi tentukan ‘taktik licik’ BN dalam isu RoS kata DAP

0 komentar
Oleh Boo Su-Lyn
April 18, 2013

Lim Guan Eng berkata keputusan ROS adalah "penghinaan". KUALA LUMPUR, 18 April — Pengundi akan membuat keputusan pada pilihan raya 5 Mei jika mereka menyokong “taktik licik” Barisan Nasional (BN) selepas Pendaftar Pertubuhan (RoS) membuat keputusan untuk tidak mengiktiraf pucuk pimpinan DAP,” kata Lim Guan Eng hari ini.

Setiausaha agung DAP itu mengatakan, keputusan RoS itu dibuat kurang dari tiga hari sebelum penamaan calon pada Sabtu menunjukkan ini adalah “BN paling teruk pernah dilihat dalam sejarah”.
“Ini adalah penghinaan, ini tindakan keji,” kata Lim yang kelihatan kecewa kepada wartawan di ibu pejabat DAP hari ini.
“Ini adalah pembunuhan watak. Ini adalah pembunuhan politik. Saya sangat kecewa dengan taktik licik ini,” tambahnya.

Lim mengatakan calon DAP akan bertanding menggunakan logo bulan PAS di semenanjung dan logo mata PKR di Malaysia Timur dalam pilihan raya umum ke 13 jika Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak memberikan kebenaran kepada calon DAP untuk menggunakan logo roket mereka.
“Surat paling penting untuk dikeluarkan adalah untuk menarik semula surat ini,” katanya, merujuk kepada surat RoS bertarikh 17 April, 2013 yang tidak mahu mengiktiraf pemegang jawatan DAP yang dipilih pada 15 Disember, 2012.

Lim mengatakan beliau tidak mempercayai jaminan mulut SPR DAP boleh menggunakan logo roket mereka dalam Pilihan Raya 2013, mengatakan calon DAP perlu menunjukkan surat yang ditandatangani oleh setiausaha agung kepada SPR, mengesahkan mereka untuk menggunakan logo parti.
“JIka CEC tidak diiktiraf, kami tidak mempunyai kuasa untuk mengeluarkan surat kuasa,” kata Lim merujuk kepada ahli jawatankuasa kerja pusat DAP.

Beliau menambah tindakan undang-undang sukar kerana masa yang singkat.
Lim yang juga merupakan ketua menteri kerajaan sementara Pulau Pinang mempersoalkan begaimana RoS boleh menghukum DAP semasa masih dalam proses menyiasat pemilihan parti.
Beliau mengatakan RoS telah, pada hari sama, mengeluarkan satu lagi surat meminta dua orang ahli DAP untuk hadir ke inkuiri pada 9 Mei

Setiausaha agung PAS dan PKR Datuk Mustafa Ali dan Datuk Saifuddin Nasution Ismail yang turut hadir semasa sidang akhbar mengatakan parti mereka membenarkan penggunaan logo parti kepada calon DAP.
Pilihan raya umum ke 13 dikatakan paling sengit dalam sejarah pilihan raya selepas BN hilang majoriti tradisi dua pertiga di parlimen pada Pilihan Raya 2008.

Keputusan RoS itu akan menjejaskan peluang calon DAP di 49 kerusi parlimen dan lebih 100 kerusi DUN pada pilihan raya 5 Mei, oleh kerana mereka bertanding di kebanyakkan kawasan majoriti Cina dimana Roket popular dan bukan logo lain.

MCA telah berulang kali memberi amaran kepada pengundi Cina agar tidak menyokong Pakatan Rakyat (PR) dengan mendakwa PAS akan menguatkuasakan undang-undang hudud di negara ini.
Logo roket parti itu berada merata-rata dalam pilihan raya umum 2008, di mana bertanding di 149 kawasan pilihan raya, termasuk 47 kerusi Parlimen dan memenangi 28 kerusi Parlimen dan 63 kerusi negeri.
Sembilan belas daripada kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) adalah di Pulau Pinang dimana mereka membentuk kerajaan negeri Pakatan Rakyat (PR) bersama PKR dan PAS. 

Ketiga-tiga parti ini masih lagi membentuk satu pakatan formal menyebabkan mereka perlu menggunakan logo masing-masing dalam pilihan raya akan datang.
Penerima manfaat segera daripada tindakan RoS dua hari sebelum hari penamaan calon itu adalah parti komponen Barisan Nasional (BN) MCA, yang kehilangan pengaruh disebabkan populariti DAP selepas pilihan raya umum 2008.

Parti Cina itu telah "meminjamkan" tiga kerusi Parlimen untuk Umno akibat daripada kehilangan sokongan dilihat sebagai risiko kepada gabungan pemerintah itu pada pilihan raya 5 Mei.TMI
Continue reading →
Senin, 23 Desember 2013

Kanak kanak rentung dalam kebajaran

0 komentar

Saya sangka anak bermain’

Oleh Safuri Kamarudin
Baling: “Saya tidak mampu berbuat apa-apa sebaik terdengar suara anak menjerit di tingkat atas ketika saya bersama isteri dan anak bongsu berlari keluar untuk menyelamatkan diri apabila melihat api marak di bahagian dapur kerana menyangka arwah bermain di luar rumah.”

Begitu kata anggota tentera, Irwan Md Nayan, 32, apabila gagal menyelamatkan anak kedua daripada tiga beradik, Adam Akmal, 4, yang ditemui rentung apabila rumah mereka musnah dalam kebakaran di Kampung Rambong Padang, Batu Tujuh, dekat sini, semalam.
Kejadian berlaku jam 4.30 petang ketika keluarga itu berehat selepas pulang menghadiri kenduri di rumah saudara mereka di Sungai Petani, dekat sini.

Irwan berkata, sebelum kejadian dia berehat bersama isteri, Siti Khuzaimah Abas, 33, di ruang tamu selepas pulang menghadiri kenduri dan tiba-tiba ternampak kepulan asap di sebuah bilik di ruang dapur.
FotoRUMAH Irwan yang hangus dijilat api yang meragut nyawa anak keduanya di Kampung Rambong Padang, Batu Tujuh.

Menurutnya, dia bergegas keluar rumah bersama isteri yang mengendong anak perempuan berusia tiga bulan menyelamatkan diri dan menyangka arwah bermain di luar rumah bersama abang sulung berusia lima tahun.
Continue reading →
Sabtu, 09 November 2013

Tips Mudah Memperbaiki Ponsel Yang Jatuh ke Dalam Air

0 komentar

Ponsel-Rusak-Setelah-Jatuh-Dalam-Air
Jika ponsel jatuh dalam air maka tak sedikit yang langsung rusak. Kita pasti tidak akan rela jika ponsel yang kita beli berharga mahal kemudian rusak hanya karena satu kejadian yaitu jatuh ke air.

Ada beberapa tips yang dapat dilakukan agar ponsel yang jatuh dalam air tetap bisa dioperasikan seperti biasa tanpa rusak sedikitpun.

Ini pastinya akan membantu anda semua yang mengalami kejadian tersebut. Caranya cukup mudah yaitu dengan menggunakan biji beras. Tahukah anda jika beras ternyata bersifat mengurangi kelembaban?

Beras mempunyai sifat mengurangi kelembaban sehingga akan membantu ponsel cepat kering dan tidak rusak.

Sayangnya tidak semua jenis air dapat diatasi. Maksudnya, perawatan ponsel dengan media beras ini hanya bisa dilakukan saat ponsel jatuh ke air tawar. Jika ponsel jatuh ke air asin, misalnya ke laut maka potensi agar ponsel tetap beroperasi tanpa rusak sedikitpun itu sangat sedikit.

Berikut langkah-langkah perawatan ponsel yang jatuh ke dalam air:
  1. Setelah anda menemukan bahwa ponsel anda telah masuk dalam air maka segera angkat ponsel tersebut. Kemudian lepas semua komponen ponsel mulai dari baterai, memory card, maupun SIM card.
  2. Siapkan sebuah toples kemudian isi toples tersebut dengan beras sekitar 3/4 nya. Masukkan ponsel anda dalam toples berisi beras tersebut kemudian diamkan hingga seharian atau 24 jam.
  3. Setelah 24 jam maka anda bisa mengambil ponsel anda kembali dan dapat dipastikan ponsel anda sudah ada dalam kondisi kering. kemudian yang terakhir pasangkan ponsel dengan bagian-bagian yang anda lepas tadi. Maka ponsel sudah dapat dipakai kembali.
Sebenarnya cara mengatasi ponsel yang masuk dalam air juga dapat dilakukan dengan cara menjemur di bawah panas matahari. Intinya, jika ponsel telah jatuh dalam air maka jangan secara langsung di aktifkan. Semoga bermanfaat dan selamat mencoba.
Continue reading →