Pages

Tampilkan postingan dengan label jadi. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label jadi. Tampilkan semua postingan
Sabtu, 01 Maret 2014

Guru Ada Peluang Jadi Isteri Fahrin Ahmad

0 komentar


PETALING JAYA – Pelakon Fahrin Ahmad membuat keputusan mencari wanita yang bekerja sebagai seorang guru untuk dijadikan calon isteri berbanding memilih mereka di kalangan selebriti.

Fahrin, 34, berkata, dia membuat keputusan itu kerana merasakan lebih sesuai untuk mendampingi wanita golongan berkenaan apatah lagi ahli keluarganya yang lain turut bergelar pendidik.

“Saya bukan serik untuk bercinta dengan golongan artis tetapi wanita dalam kerjaya tersebut tidak sesuai dengan saya dan saya ingin mencari calon isteri di kalangan orang biasa sahaja.

“Saya ingin mencari wanita yang bergelar guru kerana lebih mudah saya menyesuaikan diri tambahan pula ibu, bapa dan kakak saya turut bergelar pendidik sebelum ini, jadi ia lebih praktikal,” jelasnya kepada mStar Online.

Dalam perkembangan sama, kata Fahrin dia kini masih sendirian dan selesa dengan kehidupan itu selepas keinginan untuk berkahwin semakin terhakis.

“Saya sarankan sesiapa yang masih solo supaya segera berkahwin dan jangan tunggu usia sudah mencecah 30-an baru hendak fikir tentang soal berumah tangga.

“Apabila usia semakin lanjut, kita mula rasa selesa dengan kedudukan kita dan keinginan untuk berkahwin semakin terhakis,” jelasnya.

Bagaimanapun kata Fahrin, itu bukan bererti dia tidak mahu berkahwin sebaliknya sudah berusaha mencari calon isteri namun jodoh masih belum menyebelahinya buat masa ini.

“Apa-apa pun saya tetap akan berkahwin dan usaha pun telah saya lakukan tetapi tinggal lagi jodoh masih belum sampai,” katanya.

Sementara itu, Fahrin memberitahu, ibu bapanya ingin mencari calon isteri untuknya namun dia menolak kerana lebih selesa menemui buah hati atas pilihan sendiri.

“Keluarga ada beritahu ingin memperkenalkan saya seseorang tapi saya menolak kerana ingin pilih sendiri teman hidup dan bukannya atas kehendak orang lain.

“Saya faham mereka risau dengan faktor umur saya yang semakin meningkat tetapi mereka faham cinta itu tidak boleh dipaksa,” jelasnya.

Dalam perkembangan lain, Fahrin berkata, dia bakal berangkat ke Cardiff, Wales, United Kingdom pada 20 November depan untuk menyaksikan perlawanan Liga Perdana Inggeris di antara Kelab Cardiff City menentang Manchaster United yang akan berlangsung pada 25 November 2013.

Selain Fahrin, tiga lagi artis lelaki iaitu Fizo Omar, Fizz Fairuz dan Iqram Dinzly akan turut menyertai rombongan itu. – mStar Online
Continue reading →
Rabu, 26 Februari 2014

Peminat rayu Psy Jangan jadi alat BN

0 komentar

Malaysiakini  Feb 4 2013 
Kumpulan peminat Psy memuatkan rayuan di laman Facebook penyanyi rap Korea itu agar tidak menjadi alat politik BN dengan membuat persembahan di majlis rumah terbuka parti tersebut di Pulau Pinang.
NONERamai pengguna Facebook Malaysia dikesan menyalin dan memuatkan semula rayuan berkenaan di laman berkenaan.

Ada juga yang dikesan memuatkan mesej berkenaan dalam bahasa Korea dan merayu agar Psy tidak berkunjung ke Malaysia buat masa ini.

"Jika anda memilih untuk datang ke Malaysia, anda akan menjadi alat politik BN. Ia adalah parti politik dan sangat korup dan selalu menyalahgunakan kuasa untuk menganiaya rakyat Malaysia," mesej tersebut dipetik.

Kenyataan berkenaan juga mendakwa acara tersebut dibayar dengan menggunakan wang rakyat. BN bagaimanapun semalam menjelaskan bahawa ia ditaja oleh sebuah syarikat swasta.

Mesej berkenaan juga mendakwa BN cuba mengolah pemikiran generasi muda dengan mewujudkan illusi bahawa negara ditadbir dengan baik memandangkan pilihan raya umum akan dijalankan tidak lama lagi.

"Kami tiada pilihan selain menggesa dan berharap anda akan membaca surat ini. Kami dengan ikhlas merayu demi kebajikan rakyat, tolonglah, dengar suara kami.
Continue reading →
Senin, 17 Februari 2014

Gila!! Pengantin perempuan diperkosa dan pengantin lelaki pula jadi jurugambarnya

0 komentar

http://i.imgur.com/aF9TT.jpg
Seorang pengantin perempuan telah diperkosa oleh seorang lelaki selepas majlis makan malam perkahwinannya.
Lebih malang lagi, suaminya sendiri telah mengambil gambar aksi rogol tersebut, lapor Nanyang Siang Pau.
Foto-foto itu kemudiannya dimuat naik ke internet dan tersebar.
Pelbagai cercaan dilemparkan terhadap suaminya, ada yang menggelarnya sebagai ‘binatang’ malah ada yang mahu memburu dan membunuhnya.
Menurut laporan tersebut, pengantin perempuan tersebut mabuk setelah selesai majlis makan malam perkahwinan mereka.  Beliau kemudiaanya berjalan menuju ke bilik tidur mereka dan kemudian bertemu dengan seorang lelaki dan suaminya di situ.
http://i.imgur.com/Ykjft.jpg
http://i.imgur.com/XWr6z.jpgLelaki itu kemudian bertindak memperkosa pengantin perempuan berkenaan, dan suami merangkap si pengantin lelaki yang sepatutnya menghalang kejadian tersebut pula mengambil gambar adegan isterinya diperkosa.
The Star
Continue reading →