Pages

Tampilkan postingan dengan label kali. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label kali. Tampilkan semua postingan
Senin, 03 Maret 2014

Kejinya dia dua kali usaha jual bayinya

0 komentar
 7 Desember 2013
  Leeanna Brown, 24, tried to sell her baby twice, said police in Hardin County, Ky. Seen here in her Tuesday booking photo, she is currently behind bars.

Hardin County Detention Center

 dailynews.com
 
Seorang ibu di   Kentucky, Amerika Syarikat berusaha menjual bayi baru dilahirkannya. Dia ditangkap atas tuduhan perdagangan manusia.

Portal 
dailynews  melaporkan, Sabtu (7/12), Leeanna Brown, 24 tahun  mulanya mencuba menjual bayi pada seseorang tidak disebutkan namanya dengan harga  $5,000, namun kesepakatan itu gagal entah apa penyebabnya. Kali kedua dia mencuba memberikan bayi itu pada sepupunya Luonda Martin. Sebagai sebahagian dari kesepakatan seluruh biaya mahkamah dan akte bayi dibayar seluruhnya oleh Martin. Belum ada pengesahan lebih lanjut apakah Martin membayar Brown.

Polis mencurigai kerana Martin mengunggah foto-foto bayi itu dan dia mengaku itu anaknya. Entah kenapa Brown kini menginginkan bayinya kembali. Martin mengatakan Brown memberikan hak penjagaan anak itu pada dia.

Anggota polis, Virgil Willoughby mengatakan sangat marah pada wanita penjual bayi. "Sangat aneh mendapati seorang ibu memberikan anaknya sendiri pada orang A, B, atau C, dan mengambil wang dalam pertukaran itu," ujarnya.

Ternyata bukan hanya ini Brown berurusan dengan pihak  polis . Dia sebelumnya pernah ditangkap gara-gara mengutil di kedai. Diketahui dia mempunyai dua anak lagi masing-masing berusia satu dan dua tahun yang sudah diberikan pada keluarga lain.

Kini anak-anak Brown dalam pengasuhan layanan perlindungan anak. 

Continue reading →
Senin, 16 Desember 2013

Laman Web Kerajaan Israel Digodam 44 Juta Kali

0 komentar

Israel – Kekejaman zionis kepada penduduk Gaza telah menyebabkan kemarahan umat Islam di seluruh dunia. Pelbagai usaha dilakukan untuk menghancurkan rejim berkenaan.
Salah satu daripadanya adalah melalui serangan siber ke atas laman web kerajaan Israel.
Sejak Israel mula membedil Gaza pada Rabu lalu, sebanyak 44 juta cubaan menggodam laman web kerajaannya telah dilakukan, dengan satu godaman berjaya menembusi laman web tersebut selama 10 minit.
Dalam sehari pula beratus-ratus cubaan dilakukan untuk menggodam jabatan kerajaannya dengan sasaran utama adalah Jabatan Pertahanan serta pejabat Perdana Menteri, Presiden dan Menteri Luar Israel.
Penggodaman itu dilakukan di seluruh dunia, tanda dunia membenci tindakan ganas dan tidak berperi kemanusiaan rejim zionis yang tidak berhati perut itu.
Bukan itu sahaja, terdapat juga cubaan godaman itu dikesan dari dalam Israel sendiri.
Bimbang dan takut jika godaman berkenaan berjaya, Israel kini telah meningkatkan pemantauannya dengan menyekat semua serangan siber berkenaan.
Malah, pihak berkuasanya terpaksa mengarahkan kementeriannya supaya melaksanakan operasi
kecemasan bagi menyekat serangan yang datang bertali arus itu.
Dalam pada itu, 11 orang daripada satu keluarga menjadi korban terbaru dalam serangan udara Israel ke Gaza, semalam.
Serangan itu dilakukan selepas beberapa jam kepimpinan Israel mengumumkan bahawa ia telah bersedia untuk meluaskan operasi ketenteraannya.
Dalam kejadian itu, roket zionis telah membedil rumah dua tingkat yang didiami keluarga Daloo, menyebabkan 11 orang termasuk empat kanak-kanak dan lima wanita terbunuh.
Antara yang maut itu adalah seorang nenek berusia 80 tahun.
Dengan menjadikan alasan serangan dilakukan bagi memburu pejuang Hamas, Israel sebaliknya menggunakan alasan itu untuk menghapuskan penduduk Palestin.
Hakikatnya, mangsa maut adalah orang awam terutama kanak-kanak yang tidak berdosa.
Sumber

Continue reading →