Pages

Jumat, 07 Maret 2014

Gerak Hati Selamatkan Adik Dari Nahas Kebakaran

0 komentar

SABAK BERNAM – Gerak hati seorang pekerja kandang ayam pulang ke rumah untuk mengambil tukul besi berjaya menyelamatkan adiknya yang merupakan orang kurang upaya (OKU) dalam kebakaran di sebuah rumah di Batu 37, di sini, petang kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu, Apandi Mohd Arif, 42, yang tiba di rumah itu terkejut apabila melihat kepulan asap keluar dari arah sebuah bilik berhampiran ruang tamu rumahnya.

Apandi berkata, dia terus berlari ke belakang rumah dan kemudian masuk melalui pintu belakang untuk mencari adiknya, Mohd Azri, 32.

“Walaupun ketika itu api marak, saya tekad selamatkan adik keluar dari rumah ini kerana bimbangkan keselamatannya dan mungkin boleh mati jika terus berada di dalam rumah tersebut,” katanya.

Ketika kejadian itu menurutnya, Mohd Azri tidak berbaju dan hanya memakai tuala mandi sambil duduk di kerusi dapur rumah sebelum dia bertindak menarik tangan adiknya itu keluar menyelamatkan diri.

“Dia (Mohd Azri) tak tahu apa yang berlaku pada waktu itu, tanpa berlengah saya terus bawa dia keluar,” katanya.

Katanya, sebelum kejadian itu, dia yang ingin ke tempat kerja sempat melihat adiknya sedang menikmati juadah makan tengah hari.

“Walaupun rumah kami terbakar, tetapi saya bersyukur kerana dia (Mohd Azri) sempat diselamatkan tanpa sebarang kecederaan dialami,” katanya.

Apandi berkata, sejak dua hari lalu, dia hanya tinggal berdua bersama adiknya selepas ibunya, Buniah Ismail, 60-an dan isterinya, Norizah Bahar, 40-an mengerjakan ibadah haji.

Dalam pada itu, Adun Sungai Air Tawar, Kamarol Zaki Abdul Malik sempat meluangkan masa melawat mangsa kebakaran dan menyampaikan bantuan daripada Lembaga Zakat Selangor dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Sementara itu, Penolong Penguasa Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabak Bernam, Abdul Nasir Jalil berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 3.06 petang.

Katanya, operasi memadam kebakaran itu diperkuatkan dengan sebuah jentera dan 10 anggota, selain turut mendapat bantuan daripada Bomba Sukarelawan Pekan Sabak Bernam.

“Api berjaya dikawal dalam tempoh 30 minit selepas itu dan didapati bahagian ruang tamu dan sebuah bilik rumah yang dipenuhi bahan bacaan musnah dalam kejadian terbabit,” katanya. – Sinar Harian
Continue reading →
Kamis, 06 Maret 2014

PELIK! 8 gambar Monyet Di Bunuh Untuk Di Jual Dan Di Makan

0 komentar


  Di berbagai pelusuk dunia, banyak haiwan-haiwan yang seharusnya dilindungi malah diburu untuk dimatikan bahkan untuk dijadikan santapan manusia. Beberapa bulan yang lalu ada berita bahawa di negara-negara lain menjadikan kelawar sebagai bahan makanan.
Ada pula berita lain yang mengatakan bahawa beberapa bulan yang lalu pula ada Monyet-monyet yang jarang ditemui di Dunia yang ditangkap untuk dijadikan makanan. Dan sekarang berbeza lagi, lebih kejam! Mereka menangkap monyet dengan diburu dan dijual dagingnya!










sumber
Continue reading →
Rabu, 05 Maret 2014

9 Bangunan Terunik di Dunia

0 komentar
1. Aqua - USA 
 
Dibangun di Chicago dan selesai pada tahun 2009. 

2. Chicago Spire - USA 


 
Akan menjadi salah satu bangunan TERTINGGI di dunia dan selesai pada tahun 2010. 

3. CCTV Headquarters - China 
 
Salah satu bangunan yg dipersiapkan menjelang Olimpiade Beijing 2008 

4. Penang Global City Center - Malaysia 
 
 
Lokasinya akan di bangun di Penang Island dan diperkirakan pembangunannya butuh waktu paling sedikit 15 tahun. 

5. Gazprom Headquarters - Russia 
 
Salah satu bangunan raksasa dengan tinggi kurang lebih 300 meter (glass flame) dan akan memantulkan warna kurang lebih 10 kali, tergantung dari posisi matahari pada saat itu. Beberapa penduduk lokal yg kurang senang dengan adanya bangunan tersebut menjulukinya “corn on the cob”. 

6. Burj Dubai - Dubai 
 
Diperkirakan tinggi bangunannya sekitar 818 meter dan akan menjadi salah satu bangunan tertinggi di dunia (antenna paling atas bangunan tidak dihitung). 

7. Rusia Tower - Rusia 
 
 

8. Reggata Hotel - Jakarta 
 
 
Indonesia pun bakal mempunyai bangunan megah nan unik di Jakarta dengan desain Arsitektur yang agak kontroversial. 

9. Residence Antilia - India 
 
Pembangunannya sudah dimulai di India, mirip seperti rak cd dari tumpukan batu yg unik.


sumber 
Continue reading →
Selasa, 04 Maret 2014

Tips Jual Smartphone Agar Tetap Berharga Tinggi

0 komentar
Produk elektronik, khususnya smartphone, pasti akan mengalami penurunan harga seiring termakan oleh waktu. Namun Anda bisa saja menjual ponsel pintar merek lama dengan harga yang tetap tinggi.

Sebagaimana dikutip dari Gizmodo, menganalisis dari situs jual beli online, eBay, bahwa waktu yang tepat untuk menjual ponsel pintar agar tetap mahal adalah selang tiga bulan setelah peluncuran produk baru.

Gizmodo mengambil data dari penjualan di situs eBay, dan melihat penurunan harga pada smartphone di setiap peluncuran produk baru dari vendornya. Smartphone versi lama akan mengalami penurunan harga seiring digantikannya dengan seri terbaru. Terlebih smartphone bekas yang sudah digunakan.

Penurunan harga ponsel ini akan berkurang setelah tiga bulan sejak peluncuran smartphone seri terbaru. Setelahnya, harga ponsel itu akan berkurang hampir Rp200 ribu setiap bulannya.

Seperti dikutip Daily Mail, harga iPhone 5 sempat naik menjelang peluncuran perdana iPhone 5S dan 5C di situs eBay. Dan kemudian harga iPhone 5 kembali normal setelah peluncuran iPhone generasi terbaru. Dan kini, iPhone 5S mengalami penuruan harga sebanyak 3,75 persen. Hal yang sama juga dialami oleh iPhone 4S yang mengalami penurunan 11,85 persen. Peluncuran seri terbaru iPhone bahkan turut menjatuhkan harga Samsung Galaxy S3 hingga 27,32 persen.

Jadi, jika Anda ingin mengganti smartphone dengan yang baru dan tidak mau rugi terlalu banyak, jual ponsel pintar Anda sebelum melewati tiga bulan setelah peluncuran produk baru.
Continue reading →
Senin, 03 Maret 2014

Kejinya dia dua kali usaha jual bayinya

0 komentar
 7 Desember 2013
  Leeanna Brown, 24, tried to sell her baby twice, said police in Hardin County, Ky. Seen here in her Tuesday booking photo, she is currently behind bars.

Hardin County Detention Center

 dailynews.com
 
Seorang ibu di   Kentucky, Amerika Syarikat berusaha menjual bayi baru dilahirkannya. Dia ditangkap atas tuduhan perdagangan manusia.

Portal 
dailynews  melaporkan, Sabtu (7/12), Leeanna Brown, 24 tahun  mulanya mencuba menjual bayi pada seseorang tidak disebutkan namanya dengan harga  $5,000, namun kesepakatan itu gagal entah apa penyebabnya. Kali kedua dia mencuba memberikan bayi itu pada sepupunya Luonda Martin. Sebagai sebahagian dari kesepakatan seluruh biaya mahkamah dan akte bayi dibayar seluruhnya oleh Martin. Belum ada pengesahan lebih lanjut apakah Martin membayar Brown.

Polis mencurigai kerana Martin mengunggah foto-foto bayi itu dan dia mengaku itu anaknya. Entah kenapa Brown kini menginginkan bayinya kembali. Martin mengatakan Brown memberikan hak penjagaan anak itu pada dia.

Anggota polis, Virgil Willoughby mengatakan sangat marah pada wanita penjual bayi. "Sangat aneh mendapati seorang ibu memberikan anaknya sendiri pada orang A, B, atau C, dan mengambil wang dalam pertukaran itu," ujarnya.

Ternyata bukan hanya ini Brown berurusan dengan pihak  polis . Dia sebelumnya pernah ditangkap gara-gara mengutil di kedai. Diketahui dia mempunyai dua anak lagi masing-masing berusia satu dan dua tahun yang sudah diberikan pada keluarga lain.

Kini anak-anak Brown dalam pengasuhan layanan perlindungan anak. 

Continue reading →
Minggu, 02 Maret 2014

Hadist Kegunaan membaca SHalawat Kepada Nabi

0 komentar

Hadist Shohabat Ubay bin Ka’ab رضي الله عنه - Terus terusan mendapati kegalauan dan kesulitan dalam hidup?? INI KAYAKNYA RAHASIA yang temen temen perlukan: 

Dalam Hadits Riwayat Imaam At Turmudzy no: 2457, lalu beliau berkata bahwa Hadits ini Hasan Shohiih, demikian pula Syaikh Nashiruddin Al Albaany berkata bahwa Hadits ini Hasan, dari Shohabat Ubay bin Ka’ab رضي الله عنه, beliau berkata,

… يا رسول الله إني أكثر الصلاة عليك فكم أجعل لك من صلاتي ؟ فقال ما شئت قال قلت الربع قال ما شئت فإن زدت فهو خير لك قلت النصف قال ما شئت فإن زدت فهو خير لك قال قلت فالثلثين قال ما شئت فإن زدت فهو خير لك قلت أجعل لك صلاتي كلها قال إذا تكفى همك ويغفر لك ذنبك

Artinya:
“Ya Rosuulullooh, sesungguhnya aku memperbanyak sholawat atasmu, berapa banyak yang harus aku ucapkan sholawat atas engkau itu?”
Rosuulullooh صلى الله عليه وسلم menjawab, “Semaumu”.
Lalu aku (Ubay bin Ka’ab رضي الله عنه) berkata, “Apakah seperempat?”
Rosuulullooh صلى الله عليه وسلم menjawab, “Semaumu, kalau engkau tambah maka itu lebih baik.”
Aku (Ubay bin Ka’ab رضي الله عنه) bertanya, “Bagaimana kalau setengah?”
Rosuulullooh صلى الله عليه وسلم menjawab, “Semaumu, kalau engkau tambah, maka itu lebih baik.”
Aku (Ubay bin Ka’ab رضي الله عنه) bertanya lagi, “Bagaimana kalau dua pertiga?”
Rosuulullooh صلى الله عليه وسلم menjawab, “Semaumu, kalau engkau tambah, maka itu lebih baik.”
Kata Ubay bin Ka’ab رضي الله عنه, “Aku jadikan sholawat semua untukmu ya Rosuulullooh.”
Rosuulullooh صلى الله عليه وسلم menjawab, “Insya Allooh Ta’alaa ucapan yang engkau ucapkan itu akan mencukupi kemauanmu.”


Demikianlah, barangsiapa yang mengucapkan Sholawat atas Rosuulullooh صلى الله عليه وسلم, maka Allooh سبحانه وتعالى akan MEMBERI KECUKUPAN atas apa yang menjadi kegundahan dalam hidupnya.

Bahkan dalam sabda Rosuulullooh صلى الله عليه وسلم selanjutnya: “Dosamu pun akan diampuni.”
Maka bagi siapa yang memiliki banyak problem dalam hidupnya, maka Sholawat atas Rosuulullooh صلى الله عليه وسلم pun ternyata merupakan bagian dari solusi baginya.

so, ingat baik baik pesan HAdist Shohabat Ubay bin Ka’ab رضي الله عنه yaitu: perbanyak shalawat kepada Rasulullah :). Pesan sholih ini dari pusat gorden kratif buat kamar anak Pasar Semarang :). 
Continue reading →
Sabtu, 01 Maret 2014

Guru Ada Peluang Jadi Isteri Fahrin Ahmad

0 komentar


PETALING JAYA – Pelakon Fahrin Ahmad membuat keputusan mencari wanita yang bekerja sebagai seorang guru untuk dijadikan calon isteri berbanding memilih mereka di kalangan selebriti.

Fahrin, 34, berkata, dia membuat keputusan itu kerana merasakan lebih sesuai untuk mendampingi wanita golongan berkenaan apatah lagi ahli keluarganya yang lain turut bergelar pendidik.

“Saya bukan serik untuk bercinta dengan golongan artis tetapi wanita dalam kerjaya tersebut tidak sesuai dengan saya dan saya ingin mencari calon isteri di kalangan orang biasa sahaja.

“Saya ingin mencari wanita yang bergelar guru kerana lebih mudah saya menyesuaikan diri tambahan pula ibu, bapa dan kakak saya turut bergelar pendidik sebelum ini, jadi ia lebih praktikal,” jelasnya kepada mStar Online.

Dalam perkembangan sama, kata Fahrin dia kini masih sendirian dan selesa dengan kehidupan itu selepas keinginan untuk berkahwin semakin terhakis.

“Saya sarankan sesiapa yang masih solo supaya segera berkahwin dan jangan tunggu usia sudah mencecah 30-an baru hendak fikir tentang soal berumah tangga.

“Apabila usia semakin lanjut, kita mula rasa selesa dengan kedudukan kita dan keinginan untuk berkahwin semakin terhakis,” jelasnya.

Bagaimanapun kata Fahrin, itu bukan bererti dia tidak mahu berkahwin sebaliknya sudah berusaha mencari calon isteri namun jodoh masih belum menyebelahinya buat masa ini.

“Apa-apa pun saya tetap akan berkahwin dan usaha pun telah saya lakukan tetapi tinggal lagi jodoh masih belum sampai,” katanya.

Sementara itu, Fahrin memberitahu, ibu bapanya ingin mencari calon isteri untuknya namun dia menolak kerana lebih selesa menemui buah hati atas pilihan sendiri.

“Keluarga ada beritahu ingin memperkenalkan saya seseorang tapi saya menolak kerana ingin pilih sendiri teman hidup dan bukannya atas kehendak orang lain.

“Saya faham mereka risau dengan faktor umur saya yang semakin meningkat tetapi mereka faham cinta itu tidak boleh dipaksa,” jelasnya.

Dalam perkembangan lain, Fahrin berkata, dia bakal berangkat ke Cardiff, Wales, United Kingdom pada 20 November depan untuk menyaksikan perlawanan Liga Perdana Inggeris di antara Kelab Cardiff City menentang Manchaster United yang akan berlangsung pada 25 November 2013.

Selain Fahrin, tiga lagi artis lelaki iaitu Fizo Omar, Fizz Fairuz dan Iqram Dinzly akan turut menyertai rombongan itu. – mStar Online
Continue reading →